Kek Susu Kukus Berlapis Warna, Gebu Dan Lembut

8 bahan7 langkahKek
Kek Susu Kukus Berlapis Warna, resepi Kek Malaysia

Kek susu kukus ni memang sesuai untuk yang tak ada oven di rumah. Teksturnya gebu dan lembut sebab telur dipukul sampai kembang dulu sebelum tepung dimasukkan. Biasanya orang masak ni untuk minum petang atau bawa ke kenduri kecil-kecilan.

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur, susu pekat, gula, esen vanilla dan ovelatte sampai kembang, lebih kurang 3 minit.
  2. Pindahkan adunan ke dalam bekas, kemudian masukkan tepung gandum.
  3. Gaul sebati dan bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian, letak pewarna ikut citarasa.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih.
  5. Sapu marjerin pada acuan, masukkan adunan berselang warna mengikut citarasa.
  6. Kukus selama 40 minit dengan tutup periuk dibalut kain.

Tips Masakan

  • Balut tutup periuk dengan kain bersih supaya wap air tidak menitis ke atas kek dan menyebabkan permukaannya basah.
  • Pastikan air pengukus betul-betul mendidih sebelum memasukkan acuan, dan jangan buka tutup semasa proses mengukus supaya kek naik dengan sempurna.
  • Sapu majerin pada acuan dengan rata supaya kek senang ditanggalkan tanpa rosak selepas dikukus.

Resepi ini diterbitkan untuk pembaca Resepi Fesbuk. Kalau ia berhasil di dapur anda, kongsikan dengan keluarga dan rakan.