Lasagna Daging Western Style Lembut Berlapis Keju

22 bahan26 langkahMee & Bihun
Lasagna Daging Western Style Lembut Berlapis Keju, resepi Mee & Bihun Malaysia

Lasagna ini antara hidangan yang selalu orang fikir susah, padahal cuma perlu susun lapisan dengan betul. Kunci dia ada dua, kuah daging yang cukup banyak dan cheese sauce yang pekat supaya kepingan instant lasagna betul-betul lembut. Bila sudah keluar oven, biarkan sejuk dulu sebelum potong, barulah nampak cantik.

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang dan kiub daging.
  4. Masukkan 3 cawan air, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam.
  5. Masukkan sos Prego dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu.
  7. Tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api dan ketepikan kuah daging.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu dan kacau sehingga tepung tidak berketul, kemudian panaskan semula.
  10. Masukkan keju dan kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
  11. Padamkan api.
  12. Panaskan oven pada suhu 180C.
  13. Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium dan oleskan dengan mentega.
  14. Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas.
  15. Tuangkan sedikit kuah daging tadi.
  16. Tuangkan sedikit sos keju tadi.
  17. Taburkan daun bawang.
  18. Ulang lapisan sehingga habis, kemudian tuangkan baki sos keju.
  19. Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi.
  20. Taburkan hirisan keju cheddar dan keju Parmesan.
  21. Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka.
  22. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak.
  23. Untuk memastikan lasagna telah masak, cucuk dengan lidi dan lihat sama ada kulit lasagna kelihatan lembut.
  24. Keluarkan lasagna yang telah siap dibakar.
  25. Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum dipotong.
  26. Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Tips Masakan

  • Untuk potongan lasagna yang cantik, biarkan ia sejuk sedikit sebelum dipotong kerana keju yang cair semasa panas membuatkan lasagna lembik dan meleleh.
  • Lebihkan tepung semasa memasak sos keju untuk menjadikan kuah lebih likat dan lasagna tidak terlalu lembik.
  • Pastikan kuah daging dan sos keju mencukupi untuk menenggelamkan kepingan lasagna, terutama lapisan paling atas, supaya instant lasagna lembut tanpa perlu direbus.

Resepi ini diterbitkan untuk pembaca Resepi Fesbuk. Kalau ia berhasil di dapur anda, kongsikan dengan keluarga dan rakan.