Scone Viral: Rangup Di Luar, Gebu
4 bahan7 langkahRoti & Pastri
Scone ni memang tengah viral, dan bila kita tengok bahannya, baru faham kenapa ramai cuba. Cuma tepung, butter, susu dan sedikit jem untuk sapuan. Teknik penting dia ada pada langkah 'rub' butter dengan tepung, sebab di situ tekstur gebu scone terbentuk.
Cara Penyediaan
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius.
- Campurkan butter yang telah dipotong dadu dengan tepung di dalam bekas. Gunakan jari untuk meramas butter dan tepung sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
- Buatkan lubang di tengah adunan, kemudian tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil diuli. Jika doh masih keras, tambahkan sedikit lagi susu.
- Canai doh hingga ketebalan lebih kurang 2 cm, kemudian tekap dengan acuan bulat berdiameter 5 cm.
- Letakkan scone di atas baking tray dengan jarak 1 cm antara satu sama lain. Taburkan sedikit tepung di atas permukaan scone.
- Bakar selama 20 hingga 25 minit.
- Setelah masak, sajikan scone bersama jem atau cream.
Tips Masakan
- Pastikan mentega sejuk dan dipotong dadu sebelum digaul dengan tepung supaya tekstur scone lebih rangup dan tidak keras.
- Jangan uli doh terlalu lama kerana doh yang terlalu banyak diuli akan menghasilkan scone yang keras; cukup sekadar doh bersatu.
- Tekap doh terus ke bawah tanpa memusing acuan supaya scone naik sekata, dan elakkan memusingkan baki doh terlalu banyak.
Resepi ini diterbitkan untuk pembaca Resepi Fesbuk. Kalau ia berhasil di dapur anda, kongsikan dengan keluarga dan rakan.